Ahad, 6 September 2009

Senyum Itu Sedekah.......


Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri


Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum


Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah...

Ikatan...


p/s senyumn pn slh 1 pengubat kesakitan....senyum itu sedekah..
jd syumlah slalu.....

Jumaat, 4 September 2009

Pena Mula Mengeluarkan Tinta....

Semalam, usai kelas tutorial Sastera Hikayat, aku bingkas menuju ke bilik kelab Pengajian Melayu. Walaupun hati teringatkan bantal dan tilam yang empuk sedang menanti di bilik, kerana masih mengantuk yang menghantui mataku, namun memikirkan tanggungjawab yang dipikul olehku pada waktu itu yang ditugaskan untuk menjaga blik kelab, mematikan fikiranku terhadap perasaan mengantuk yang sudah tak tertahan rasanya. Tugas ini tidak menyusahkan bagiku kerana ini adalah pilihan hatiku dengan ikhlas, aku akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi tanggungjawabku sepanjang mengikuti kelab ini. bagiku semua ini mengajarku supaya lebih bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi. Disamping mengisi masa yang terluang.
Tibanya di bilik kelab, sudah ada di situ ahli yang turut bertugas denganku iaitu Farah dan Kak Iffa. Walaupun masa yang ditetapkan untukku menjaga bilik itu hanya 2 jam iaitu sehingga jam 2. Namun cadangku untuk kekal di situsehingga petang, bukan nak tunjuk rajin, tetapi kerana menanti masa untuk menduduki peperiksaan pertengahan semester yang bakal berlangsung pada jam 5 petang. begitu juga Farah, dan Kak Iffa tetap ada sekali kerana pada ketika itu hujan. Bertambahlah rinduku pada tilam dan bantal di kolej kediaman yang seperti melambai-lambai memanggilku supaya menyertai mereka. Alangkah bahagia dan nikmatnya jika dapat melelapkan mata dikala hujan.
Mendengar deru hujan yang begitu menghayalkan membuatkan mataku terasa berat untuk meneliti dan menghayati nota di tangan. Perlahan-lahan mataku seperti ditutupi dengan kain. Terdengar suara Kak Iffa menegurku,
"solehah bangun, jangan tidur, baca nota tu".
Suaranya sayup-sayup di telingaku, dan akhirnya hilang di sebalik hujan yang semakin lebat. Tiba-tiba terasa diriku seperti dikejutkan, lantas mataku dengan pantas terbuka, menampakkan keseluruhan kornea, selaput hening di hadapan biji mata yang menutup mata hitam dan anak mataku. suasana cerah dihadapanku.......
Namun, seribu kejutan dan pertanyaan bertandang dihatiku apabila dihadapanku berdiri tegak, susuk badan yang tegap bak sesetengah palapes di kampusku,,, sungguh tenang wajahnya,,, menarik hatiku untuk bertanya. Siapakah gerangan dirinya ?................

Rabu, 2 September 2009

Hang Tuah dan Persoalan?.

Sejauh manakah benar kewujudanmu?. Sesungguhnya diriku sering bermonolog adakah benar dirimu wujud. Seribu persoalan hadir dan sentiasa menanti jawapan yang benar-benar jitu mengenai kehebatanmu dirimu.

Sejauh manakah kebenaran yang mengambarkan kepahlawanan dirimu. adakah benar seperti yang dikhabarkan tentang kegagahanmu menentang musuh. Walau seribu yang datang, dengan kepintaranmu dengan senang mampu mengalahkan setiap daripada mereka.

Di akhir ini, muncul khabar angin yang menguar-uarkan bahawa dirimu adalah seorang perempuan. Alasannya adalah kerana ketidak sanggupan Hang Jebat untuk membunuhmu. Namun hal ini mungkin boleh disangkal kerana adanya Hang Nadim yang dikatakan keturunanmu. Timbul persoalan dalam diriku, dimanakah keturunanmu selepas Hang Nadim? Adakah turut mengikut jejakmu pergi bertapa?.

Berbagai andaian hadir di kotak pemikiran ini, adakah dirimu hanya lagenda semata-mata, atau mungkin cerita rakyat pada suatu ketika sebagai hiburan...........semata-mata.......
Walaubagai manapun, sehingga abad ini sanjungan terhadap dirimu tidak pernah lekang dari percakapan manusia. Dengan title Hang Tuah Wira Melayu dan sloganmu 'takkan hilang Melayu di dunia'.