Tersedar dari lena, hatiku berbisik siapakah gerangan dirinya. wajahnya tenang menenangkan hati sesiapa yang memandang. adakah dirinya benar-benar di dunia realitiku.
Petang semalam telah berlangsung peperiksaan semester bagi salah satu subjek yang aku ambil. peperiksaan yang mengambil masa selama sejam membuatkan diriku berasa mengantuk yang teramat, ditambah dengan cuaca hujan menambah lagi rasa mengantuk itu.
Diriku lantas memandang ke arah luar kelas, memandangkan pada saat itu, aku berada di barisan tepi, namun tidak mampu untuk melihat pemandangan di luar yang dipenuhi tumbuhan hijau, sebaliknya hanya dipenuhi dengan lapisan dinding kerana berada bersebelahan dengan kelas lain.
Dalam kesayuan mata yang dalam proses untuk menutup keseluruhan kelopak mataku, tiba-tiba terasa bagai seseorang telah berdiri di hadapanku, dengan tenang dia berbisik
"teruskan menjawab, masa tidak menunggu kita".
Diriku tunduk berfikir, siapakah dirinya, lantas aku memandang ke atas untuk bertanya siapakah gerangannya, namun dirinya sudah hilang dari pandangan mataku. tanpa berfikir panjang aku meneruskan perjuanganku untuk menjawab soalan yang masih terbengkalai.
Akhirnya aku berjaya menyiapkan semua soalan dan masa menjawab pun sampai ke penghujungya. Masa untuk menjawab diumumkan tamat oleh pensyarah, suasana kelas menjadi bising dengan suara para pelajar. aku dan rakan yang lain lantas meninggalkan kelas untuk menunggu bas pada jam yang terdekat. Dalam perjalanan menuju hentian bus, diriku berfikir siapakah gerangan manusia yang tiba-tiba muncul tadi. Apabila difikirkan terasa seperti pernah bersua dengan dirinya. Rupanya dialah orang yang sama muncul dalam lenaku suatu ketika dulu.
Biar siapa pun dirnya, aku rasakan dirinya adalah penyelamat dalam hidupku di saat aku dalam kesusahan, walaupun pertolongan yang diberikan tidaklah besar namun cukup bagi diriku. Bagiku dirinya ibarat Hang Tuah yang diibaratkan seperti penyelamat keadaan. walaupun diriku tidak mungkin untuk memilikinya namun, adalah sesuatu yang bertuah mengenalinya dan
bersua dengannya walaupun bukan untuk masa yang lama, memberikanku makna yang dalam.
Kehidupan kadangkala ada pasang surutnya. begitu juga dalam pelajaran, kadangkala diri ini dilanda "sindrom kemalasan" agaknya, yang tidak dapat dielak lagi. betapa susahnya untuk mengawal. Namun kehadirannya dalam masa tertentu memberiku semangat untuk meneruskan perjalanan dalam kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan