Isnin, 21 Disember 2009

permulaan semester yang kurang menyeronokkan..

Ahad, 1 November 2009

Bila Hati Terusik..........

Sesuatu yang dilakukan terhadap diri dan tidak diketahui, lantas menimbulkan tanggapan yang kurang baik pada orang lain, walaupun perkara itu tidak ada unsur yang negatif...
hanya sekadar gurauan..
Mengapa tiada perasaan marah dalam diri, walaupun perkara itu sepatutnya menimbulkan kemarahan, tiada rasa marah yang diungkapka...walaupun sebesar kuman....
Lantas kemmaafan dilafazkan.....kerana ikatan persahabatan.....
ohh,,,Teja mengapa dirimu tidak mempersoalkan apa yang telah Tuah lakukan???

Jauh di sudut hati............
Orang lain tidak akan faham apa yang kita lakukan, hanya hati dan diri kita yang tahu,
bila orang membuat orang membuat tafsiran sendiri tentang apa yang kita lakukan,
sudah tentu ianya salah....

Khamis, 22 Oktober 2009


Walaupun sudah lepas sehari, namun jutaan tahniah diucapkan kepada UKM dan semua yang telah berjaya di "Akademi Sastera"....

Ahad, 11 Oktober 2009

Yakin pada diri sendiri......

Rajin pula rasanya hendak memasukkan "entri" pada ruangan ini.
Maklumlah internet sedang laju. berbanding sebelumnya, macam siput.
Mata pun tidak terasa mengantuk, agaknya malam masih muda....:-).

Dalam kita melakukan sesuatu, perkara yang penting adalah yakin pada diri sendiri.
Apatah lagi kalau benda yang dibuat itu sesuatu yang baru.
Bukan mudah untuk membuat pembaharuan dalam hidup.
Memikirkan keadaan sekeliling, pandangan orang pada kita.
Ialah kita bukan hidup seorang diri dalam dunia angera Tuhan ni.

Tidak salah untuk membuat perubahan, namun janganlah pembaharuan yang dibuat itu Merosakkan diri sendiri.
Perkara yang paling penting ialah ianya mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.
INSYALLAH..........

Konflik @ Keliru???????


Susahnya dalam hidup ni kalau kena memilih antara dua.

Bukan pilih pasangan, itu mungkin salah satu, tapi sebagai pelajar kurang penting lgi....

Tapi, rasanya tidak berlaku pada diriku (mungkin, HARAP TIDAK, minta simpang).


Semua orang mengalami situasi ini.

Mungkin sukar untuk membuat pilihan,

dalam pelajaran, pekerjaan, persahabatan dan sebagainya.


Kadangkala, ingin saja ada orang yang tolong buat pilihan atau menentukan segalanya.

Namun, risau juga kalau pilihan yang dibuat oleh orang lain salah dan buruk hasilnya.


Apapun pilihan yang dibuat, fikirlah dengan mendalam.

Kadangkala, sesuatu yang kita rasa hati kita ingin sangat/menjurus ke arah perkara tersebut, maka pilihlah ia, menurut kata pensyarah pengurusan emosi yang aku ambil. namun ramai orang selalu pesan, "jangan ikut kata hati, nanti mati". hmmm, mana satu yang betul???


Akhir kata, buatlah keputusan yang terbaik.

Untuk panduan, ambillah subjek kemahiran membuat keputusan..:-)

Sabtu, 10 Oktober 2009


Maka, dengan lahirnya ilham baru, terkuburlah hasrat saya nak menghasilkan cerpen bertajuk "Melastik Cinta", dengan ini cinta saya tidak terlastik kepada Hang Tuah, kerana lastik yang dilepaskan tidak sampai kepada sasaran. :-)

Sebaliknya sasaran telah tersasar dan mengubah cinta kepada agama, dimana cinta ini akan kekal selamanya..

"Cinta yang sejati hanya cinta kan ilahi"

"Cinta ayah bonda tulus suci selamanaya"
"Cinta kan saudara harta berharga hanya sementara"
"Cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan"


Untukmu Wanita....


Lama saya berfikir, akhirnya tajuk ini muncul dalam kotak fikiran saya. Beberapa minggu yang lepas, saya telah dihadiahkan sebuah buku oleh salah seorang rakan, iaitu buku yang bertajuk "Untukmu Wanita". karya Zaharuddin Abd Rahman. terima saya ucapkan. Buku ini membicarakan tentang persoalan berkaitan wanita, dalam kita mengharungi keadaan dunia yang serba moden ini, bagaimana untuk mengekalkan peribadi seorang wanita mukmin. Di sini akan digarap bagaimana Hang Tuah dalam membicarakan tentang wanita.
"Wanita, dirimu begitu berharga,


Duhai wanita, dalam kelembutan,


Suburkan ketegasan, berlandaskan,


Ilmu keredhaan Tuhan".

Tinta Meneruskan Bicara


Tersedar dari lena, hatiku berbisik siapakah gerangan dirinya. wajahnya tenang menenangkan hati sesiapa yang memandang. adakah dirinya benar-benar di dunia realitiku.

Petang semalam telah berlangsung peperiksaan semester bagi salah satu subjek yang aku ambil. peperiksaan yang mengambil masa selama sejam membuatkan diriku berasa mengantuk yang teramat, ditambah dengan cuaca hujan menambah lagi rasa mengantuk itu.

Diriku lantas memandang ke arah luar kelas, memandangkan pada saat itu, aku berada di barisan tepi, namun tidak mampu untuk melihat pemandangan di luar yang dipenuhi tumbuhan hijau, sebaliknya hanya dipenuhi dengan lapisan dinding kerana berada bersebelahan dengan kelas lain.
Dalam kesayuan mata yang dalam proses untuk menutup keseluruhan kelopak mataku, tiba-tiba terasa bagai seseorang telah berdiri di hadapanku, dengan tenang dia berbisik

"teruskan menjawab, masa tidak menunggu kita".

Diriku tunduk berfikir, siapakah dirinya, lantas aku memandang ke atas untuk bertanya siapakah gerangannya, namun dirinya sudah hilang dari pandangan mataku. tanpa berfikir panjang aku meneruskan perjuanganku untuk menjawab soalan yang masih terbengkalai.

Akhirnya aku berjaya menyiapkan semua soalan dan masa menjawab pun sampai ke penghujungya. Masa untuk menjawab diumumkan tamat oleh pensyarah, suasana kelas menjadi bising dengan suara para pelajar. aku dan rakan yang lain lantas meninggalkan kelas untuk menunggu bas pada jam yang terdekat. Dalam perjalanan menuju hentian bus, diriku berfikir siapakah gerangan manusia yang tiba-tiba muncul tadi. Apabila difikirkan terasa seperti pernah bersua dengan dirinya. Rupanya dialah orang yang sama muncul dalam lenaku suatu ketika dulu.

Biar siapa pun dirnya, aku rasakan dirinya adalah penyelamat dalam hidupku di saat aku dalam kesusahan, walaupun pertolongan yang diberikan tidaklah besar namun cukup bagi diriku. Bagiku dirinya ibarat Hang Tuah yang diibaratkan seperti penyelamat keadaan. walaupun diriku tidak mungkin untuk memilikinya namun, adalah sesuatu yang bertuah mengenalinya dan
bersua dengannya walaupun bukan untuk masa yang lama, memberikanku makna yang dalam.

Kehidupan kadangkala ada pasang surutnya. begitu juga dalam pelajaran, kadangkala diri ini dilanda "sindrom kemalasan" agaknya, yang tidak dapat dielak lagi. betapa susahnya untuk mengawal. Namun kehadirannya dalam masa tertentu memberiku semangat untuk meneruskan perjalanan dalam kehidupan.

Selasa, 6 Oktober 2009

Erti Kejujuran??


ketaantanmu kepada sultan telah menutup segala kesalahanmu.

walaupun kesalahan itu melukakan hati seorang wanita.

namun, gara-gara ketaantanmu yang terlalu tinggi terhadap sultan.

menepis segala kelicikanmu dalam memperdaya kaum hawa.


pengorbanan yang dilakukan akhirnya tidak mendapat balasan.

dengan mudah dirimu menggunakan tipu helah.

dengan sengaja engkau merubah hati dan perasaan seseorang.

yang akhirnya menurut sahaja apa yang telah engkau lakukan.


tidakkah engkau rasa bersalah di atas apa yang engkau lakukan.

teganya engkau mempermainkan perasaan seorang insan.

namun, semua ini tidak dihairankan oleh dirimu.

kerana bagimu kemahuan sultan itu mengatasi segalanya.


persoalannya, mengapa sanggup menganiaya orang lain,

semata-mata kerana kemahuan sultan yang sepatutnya adil kepada rakyatnya.

Ahad, 6 September 2009

Senyum Itu Sedekah.......


Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri


Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum


Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah...

Ikatan...


p/s senyumn pn slh 1 pengubat kesakitan....senyum itu sedekah..
jd syumlah slalu.....

Jumaat, 4 September 2009

Pena Mula Mengeluarkan Tinta....

Semalam, usai kelas tutorial Sastera Hikayat, aku bingkas menuju ke bilik kelab Pengajian Melayu. Walaupun hati teringatkan bantal dan tilam yang empuk sedang menanti di bilik, kerana masih mengantuk yang menghantui mataku, namun memikirkan tanggungjawab yang dipikul olehku pada waktu itu yang ditugaskan untuk menjaga blik kelab, mematikan fikiranku terhadap perasaan mengantuk yang sudah tak tertahan rasanya. Tugas ini tidak menyusahkan bagiku kerana ini adalah pilihan hatiku dengan ikhlas, aku akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi tanggungjawabku sepanjang mengikuti kelab ini. bagiku semua ini mengajarku supaya lebih bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi. Disamping mengisi masa yang terluang.
Tibanya di bilik kelab, sudah ada di situ ahli yang turut bertugas denganku iaitu Farah dan Kak Iffa. Walaupun masa yang ditetapkan untukku menjaga bilik itu hanya 2 jam iaitu sehingga jam 2. Namun cadangku untuk kekal di situsehingga petang, bukan nak tunjuk rajin, tetapi kerana menanti masa untuk menduduki peperiksaan pertengahan semester yang bakal berlangsung pada jam 5 petang. begitu juga Farah, dan Kak Iffa tetap ada sekali kerana pada ketika itu hujan. Bertambahlah rinduku pada tilam dan bantal di kolej kediaman yang seperti melambai-lambai memanggilku supaya menyertai mereka. Alangkah bahagia dan nikmatnya jika dapat melelapkan mata dikala hujan.
Mendengar deru hujan yang begitu menghayalkan membuatkan mataku terasa berat untuk meneliti dan menghayati nota di tangan. Perlahan-lahan mataku seperti ditutupi dengan kain. Terdengar suara Kak Iffa menegurku,
"solehah bangun, jangan tidur, baca nota tu".
Suaranya sayup-sayup di telingaku, dan akhirnya hilang di sebalik hujan yang semakin lebat. Tiba-tiba terasa diriku seperti dikejutkan, lantas mataku dengan pantas terbuka, menampakkan keseluruhan kornea, selaput hening di hadapan biji mata yang menutup mata hitam dan anak mataku. suasana cerah dihadapanku.......
Namun, seribu kejutan dan pertanyaan bertandang dihatiku apabila dihadapanku berdiri tegak, susuk badan yang tegap bak sesetengah palapes di kampusku,,, sungguh tenang wajahnya,,, menarik hatiku untuk bertanya. Siapakah gerangan dirinya ?................

Rabu, 2 September 2009

Hang Tuah dan Persoalan?.

Sejauh manakah benar kewujudanmu?. Sesungguhnya diriku sering bermonolog adakah benar dirimu wujud. Seribu persoalan hadir dan sentiasa menanti jawapan yang benar-benar jitu mengenai kehebatanmu dirimu.

Sejauh manakah kebenaran yang mengambarkan kepahlawanan dirimu. adakah benar seperti yang dikhabarkan tentang kegagahanmu menentang musuh. Walau seribu yang datang, dengan kepintaranmu dengan senang mampu mengalahkan setiap daripada mereka.

Di akhir ini, muncul khabar angin yang menguar-uarkan bahawa dirimu adalah seorang perempuan. Alasannya adalah kerana ketidak sanggupan Hang Jebat untuk membunuhmu. Namun hal ini mungkin boleh disangkal kerana adanya Hang Nadim yang dikatakan keturunanmu. Timbul persoalan dalam diriku, dimanakah keturunanmu selepas Hang Nadim? Adakah turut mengikut jejakmu pergi bertapa?.

Berbagai andaian hadir di kotak pemikiran ini, adakah dirimu hanya lagenda semata-mata, atau mungkin cerita rakyat pada suatu ketika sebagai hiburan...........semata-mata.......
Walaubagai manapun, sehingga abad ini sanjungan terhadap dirimu tidak pernah lekang dari percakapan manusia. Dengan title Hang Tuah Wira Melayu dan sloganmu 'takkan hilang Melayu di dunia'.

Isnin, 31 Ogos 2009

Ramadhan Bulan Rahmat..



Berakhirnya sepuluh hari awal ramadhan Allah mengurniakan rahmat. Rebutlah keampunan daripada Allah sepuluh hari berikutnya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada hambanya.

Ahad, 30 Ogos 2009

Selamat Hari Merdeka


Alhamdulillah. Hari ini negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke-52 tahun bertemakan 'Satu Malaysia'. Namun adakah kita benar-benar merdeka dari semua aspek???????

Hikmah Disebalik Kejadian.



Sesungguhnya setiap musibah yang diturunkan Allah S.W.T itu adalah supaya kita kembali mengingati-Nya. Sebagai hamba sentialah sabar dalam menghadapi. Anggaplah ia sebagai dugaan dan kifarah daripada Pencipta kita terhadap hambaNya yang sentiasa alpa.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Bermula Sebuah Nukilan


Ogos 27 merupakan kuliah pertama kursus penulisan kreatif bersama Dr. Mawar Shafie.
Seisi kuliah diperkenalkan dengan kandungan kursus yang akan disampaika sepanjang pengendalian beliau. Perkara yang penting ialah tugasan sepanjang kursus. Antaranya ialah dengan mewujudkan halaman blog ini. Di mana ia bakal dipenuhi dengan coretan yang akan diselitkan dengan penyaduran cerita tentang Hikayat Hang Tuah. Hikayat ini juga akan digunakan sebagai sumber cetusan ilham bagi setiap pelajar dalam menghasilkan cerpen bersifat eksperimental. Semoga setiap peserta kursus dapat menghasilkan sebuah karya yang kreatif dan memberi pengisian kepada khalayak pembaca.
Insyallah……..